Part 2:Konvokesyen UiTM ke 75 2011 :)

Dengan izinNya, siap juga editing utk 2 orang graduan UiTM kali ini.

Jadual kelas yang padat, dan masa dan kian laju berlari, saya mengambil peluang cuti Eid Adha utk menyiapkan proses editing gambar mereka.

Konvokesyen kali ini menemukan sy dengan Shy dan Mia.

Shy kini memegang sijil Diploma in Chemical Engineering dan Mia pula Diploma in Information Management.

Sesi bersama Shy gamat dengan kehadiran ahli keluarganya.

Hanya 2 lokasi yang sempat dirakam,pertama,di bawah air terjun paling terkenal di Shah Alam 😛

Dan yang kedua,di hadapan bangunan Canseleri UiTM. 2 lokasi ini amat terkenal dan sentiasa dikunjungi para graduan utk bergambar kenangan.

Masa yg singkat dan cuaca panas terik mencabar kesemua ahli keluarga dan saya sendiri utk menjalankan sesi tersebut.

Walaubagaimanapun, Shy berjaya memberi ‘shot’ yang menarik dan pasti , saat2 indah berjubah graduasi kini sudah disemadikan di dalam foto . Tahniah Shy!

 

Sejurus selepas itu,saya terus bergegas ke Dewan Agong Tuanku Canselor utk bertemu dengan Mia.

Gadis beperwatakan riang ini, memudahkan kerja saya utk menghasilkan shot yang menarik!

Kekangan waktu dan tempat langsung tidak mengurangkan mood beliau utk memanfaatkan sepenuhnya sesi fotografi tersebut.

Tambahan pula,ahli keluarganya yang juga berada di lokasi,serta teman seperjuangan, menaikkan lagi semangat semua untuk bergembira di hadapan kamera.

Lihat saja gambar beliau yang tidak lekang dengan senyuman J

Tahniah Mia J

Tentunya mereka kini sedang berada di peringkat Ijazah Sarjana Muda (macam saya juga :P) dan cabarannya pasti berbeza. Dengan terhasilnya gambar2 kenangan seperti ini, diharapkan mereka dapat terus membakar semangat untuk bergraduasi lagi di sini selepas menamatkan kursus masing2.

GO GIRLS!

Cubit kuat2!

Mungkin ada yang perasan, mengapa saya kerap menukar gambar mereka kepada hitam putih?

Kadang-kala, warna yang wujud di dalam imej yang diambil di tempat awam sebegini,tidak membantu subjek utk menyerlah,maka dengan hitam putih, subjek dapat difokuskan kembali 🙂

Gembira ‘kemain’ kata orang 😛

Dimarahi Mia sbb terkial2 nak ‘frame’ 😛

Secara keseluruhan, saya amat gembira dan berharap agar di sesi konvokesyen akan datang, hasil yang lebih baik dapat disampaikan kepada semua 🙂

Advertisements

3 thoughts on “Part 2:Konvokesyen UiTM ke 75 2011 :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s