International Professional Photography Competition 2011

Alhamdulillah

Gambar saya dipilih sekali lagi untuk merangkul tempat pertama di International Professional Photography Competition 2011 🙂

Bertemakan Capture the Spirit of Ramadan, gambar yang istimewa ini dipilih oleh para juri.

Dengan pertolongan ikhlas daripada sahabat saya, Husien dan Aizuddin, kemenangan ini saya kongsikan bersama mereka berdua.

Tanpa semangat dan dedikasi serta masa yang dilaburkan, nescaya semuanya tidak akan menjadi kenyataan.

Buktinya,ketika azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka,kami masih lagi mengambil gmbar.

Padan muka,akhirnya kami bertiga terpaksa berbuka puasa di dalam kereta pada hari tersebut 😛

Apabila saya meneliti kembali beberapa keping gambar yang ditangkap pada sesi yang sama, saya dapati hanya beberapa saat sahaja matahari memancar dgn begitu cantik dan refleksi yang terbentuk di atas air itu juga hanya bertahan selama beberapa saat juga.

Kalau sudah rezeki,tak kemana 🙂

Tapi tak semudah itu.

Kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya,kan.

Anda boleh melihat dengan klik di WINNERS

Hadiahnya juga amat lumayan utk saya yg masih bergelar pelajar di ipt.

Setelah saya berjaya menjuarai beberapa pertandingan, ingin saya berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan tips untuk anda 🙂

Siapa tak suka tips? 🙂

ok tips #1

Faham sebenar-benarnya tema yang diberi

tuliskan idea2 yang muncul, dan olah semula idea tersebut supaya menjadi unik,kerana mungkin idea pertama yang anda dapat,orang lain juga mungkin memikirkan perkara yang sama.

contohnya, tema ‘Ceria’. Mungkin yang terlintas di fikiran kita ialah,senyuman @ gelak tawa. OK mari kita olah. Kita tambah unsur lucu @ insiden yang spontan seperti adengan orang tersembur air minuman di dalam mulutnya kerana ketawa. 🙂 olah lagi untuk kali ketiga supaya lebih unik!

#2

rujuk gambar2 di website

ini sangat penting untuk menambah idea dan seterusnya menyerlahkan lagi idea asal kita. tempat yang terbaik bagi saya untuk melihat hasil karya dari seluruh dunia ialah di  www.deviantart.com

#3

sentiasa shoot RAW

anda rugi serugi2nya jika menggunakan dslr tetapi tetap dan degil utk tidak menggunakan format RAW.

#4

ambil gambar dan ambil semula.

Chase Jarvis pernah berkata, beliau mengambil gambar 10ribu keping dan hanya mendapat beberapa keping sahaja yang betul2 berkualiti. Digital,shoot sajalah 🙂

#5

tawakkal

🙂 ada rezeki,adalah 🙂 yang penting sudah usaha dengan sebaik mungkin.

saya kongsikan beberapa keping gambar yang telah mencatatakan sejarah peribadi dalam hidup saya sehingga hari ini (saya baru dalam tahun kedua dalam dunia fotografi ni hee 😛 )

Gambar ini tersiar di majalah Digital SLR. Dengan hanya menggunakan lens 50mm 1.8 dan tiada masa untuk berfikir panjang kerana subjeknya sudah mengepakkan sayap untuk terbang, hasilnya tetap memuaskan hati saya.

The Footsteps of Ninja:Gambar ini telah mendapat anugerah merit daripada pihak Energizer dalam pertandingan Night Photography Contest bertemakan ‘Energize the Night’. Saya datang dengan idea ini untuk menggambarkan semangat yang besar di dalam diri seorang ninja melalui bayang2 yang terbentuk di dinding,dalam masa yang sama,menepati konsep yang ditetapkan.

Reminisce the Golden Age:Inilah gambar yang mengubah persepsi saya tentang masa depan di dalam dunia fotografi.Dengan merangkul tempat pertama di dalam pertandingan antarabangsa yang pertama kali saya sertai,ini komen daripada seorang juri,

This picture can leave some emotional impact and has meaning and is unique in composition ‘leading line’ and the brilliant photographer who appeared to make light exposure details

Zaman kegemilangan Islam lampau cuba saya kaitkan dengan keemasan warna matahari di waktu petang dan al-Quran yang dibaca oleh seorang teman saya. Nyata,kerinduan semua Muslimin terhadap masa lampau yang cemerlang itu boleh terubat dengan al-Quran yang berada di tangan kita. Zaman itu boleh kembali dengan syarat,kita yang terlebih dahulu perlu kembali kepadanya. 🙂

Tiada ruginya saya berkongsi sedikit pengalaman dan tips utk semua. Mungkin ada yang berkata

“Asal ko gi bukak cerita semua? Rahsia tu, janganlah bagitau orang cmana na menang”

Saya kata,

“Hidup ni skejap sgt utk jadi tlalu tamak 🙂 “

Coklat bar Cadbury yang besar dan sedap tu, kalau makan seorang diri, memang puas tapi berganda2 puas kalau kita kongsikan dengan rakan2 🙂 hee.

Oleh itu saya berharap agar sedikit coretan ini dapat memberikan manfaat kepada semua rakan2 di luar sana untuk terus bekarya dan menjadi insan kreatif. Saya juga pohon doa daripada rakan2 agar kejayaan2 sebegini tidak menghanyutkan dan menjauhkan diri saya daripada Tuhan yang begitu pemurah sifatNya. Semuanya adalah ujian semata-mata2.

Jemputlah ke sini untuk melihat koleksi foto saya 🙂

Saya petik tulisan Saiful Nang sebagai penutup

‘Jika bersaing di dalam dunia teknologi,kita ketinggalan jauh di belakang,tetapi dalam dunia kreatif,semua orang bermula pada petak yang sama’

Advertisements

6 thoughts on “International Professional Photography Competition 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s