Borak2-Minggu 1.

Saya ingin menghidupkan blog ini dengan mewujudkan 1 siri artikel yang baru, tajuknya mungkin seperti tajuk post kali ini.

Borak2-Minggu 1.

OK. Untuk pertama kali ini, saya ingin sekali bercerita tentang beberapa perkara yang sering saya hadapi ketika bertemu dengan pelanggan2 terutama mereka yang ingin berumah tangga.

Ada 2 masalah yang timbul di sini. Ini bukanlah masalah yang baru, malah saya mungkin orang yang agak lewat mengatakan tentang perkara ini.

1, mereka yang sangat bajet untuk fotografi, biarlah berkorban beribu2 demi pelamin yang akhirnya akan dikemas sejurus selepas majlis,ataupun baju sewa yang juga perlu dipulangkan segera. Semuanya itu akan kekal dalam memori saja,bukan dalam bentuk fotografi 🙂

Kekurangan rasa penghargaan terhadap seni di kalangan orang kita menyebabkan situasi di atas terjadi. Lihat sahaja lagu2 yang kita sesuka hati download di internet, walaupun harga CD sekitar RM20-30 sahaja. Downloadlah tetapi jangan lupa beri sokongan kepada artis itu untuk terus berkarya. Kos yang tinggi untuk mendapatkan sebuah DSLR serta lens yang pelbagai dan kos masa editing yang berjam2 lamanya, belum lagi mengira kos pembelajaran seperti kelas2 dan buku2. Jurufoto bukan seorang yang hanya memiliki sebuah kamera.

2, mereka yang menawarkan harga fotografi pada kadar yang tidak masuk akal, sanggup menerima upah yang tidak setimpal demi mendapatkan pendapatan sampingan. Ingin saya nyatakan di sini, pilih salah 1 saja, samada mengenakan bayaran pada harga semasa atau, beri secara percuma sahaja. Kasihanilah mereka yang membuat pekerjaan ini sepenuh masa. Anda mungkin memiliki pekerjaan lain @ masih lagi belajar di ipt yang ditanggung oleh ptptn @ ibu bapa,tetapi mereka tidak pula memiliki apa yang anda rasai sekarang.

sifat begini hanya menjatuhkan martabat dan kerjaya seorang jurufoto, sedangkan di Amerika Syarikat, pekerjaan sebagai jurufoto sudahpun terkenal dengan pendapatan mencecah 100ribu dollar setahun. Di Malaysia juga, terdapat jutawan2 dari kalangan jurufoto, tiada yang mustahil.

Sedih saya melihat hasil seorang jurufoto yang dikatakan ‘profesional’ dan mengenakan bayaran yang profesional juga kepada sepasang bakal pengantin ini tetapi dengan hasil yang tidak dapat diterima langsung. Maka ditutupi kelemahan mereka dengan mengatakan ‘Itu gambar dalam format RAW,mmg malap’. Jika angle dan lighting pun sudah ke laut,apakah yang ingin anda harapkan lagi daripada editing gambar sebegitu? Lumut yang hijau takkan bertukar menjadi sayur salad yang enak apabila dimasak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s