Majalah TIME

Spek mata tambahan

Majalah TIME edisi Disember-Januari ini menjadi pilihan saya untuk berkongsi dengan anda semua.

Menjadi kebiasaan bagi TIME untuk memilih individu/kumpulan/idea/objek pada edisi akhir tahun sebagai Person of the Year.

for better or for worse, …has done the most to influence the events of the year

Tahun lepas, pengasas Facebook,encik Mark Zuckerberg, telah dipilih menjadi TIME Person of the Year,begitu juga Presiden A.S pada tahun 2008,dan Vladimir Putin pada tahun 2007.

2011, coraknya berubah.

The Protestor telah diangkat untuk duduk sebaris dengan nama-nama yang pernah terpilih sebelum ini.

The Protestor bukan kumpulan istimewa daripada mana-mana negara.

The Protestor adalah kita semua.

From the Arab Spring to Athens,from Occupy Wall Street to Moscow

Gambar hadapan majalah ini sudah cukup untuk menarik perhatian saya kerana imej bertutup muka ini sangat dekat dengan hati2 orang muda.

Dan saya masih tergolong dalam kumpulan tersebut 🙂

Apabila diselak muka ke muka setiap helaian majalah ini, didapati pelbagai wajah orang-orang biasa yang boleh dijumpai di mana-mana, diambil gambarnya untuk dipertonton kepada pembaca di seluruh dunia.

Mereka bukan artis, bukan ahli politik, bukan sesiapa.

Tetapi merekalah,rakyat biasa,yang telah mencorakkan tahun 2011 menjadi tahun yang akan diingati oleh sejarah kerana berjaya mengubah dan menjatuhkan orang-orang atasan setelah begitu lama menduduki tampuk pentadbiran.

Bermacam-macam peristiwa dicatatkan di dalam 116 helaian majalah ini, menjanjikan satu bahan bacaan yang sangat menarik dan di luar kebiasaan.

Ya?Oh ya,itu mmg BB Torch 🙂 itu pula teh Lipton (saya suka Boh), dan roti itu berperisa kacang bersalut coklat~

Gambar iPhone yang pecah di dalam demonstrasi itu (bucu kanan) ,amat simbolik buat generasi kita

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s