Majlis Pertunangan Amir + Faizah

22 Januari 2012. Ahad. Majlis pertunangan Amir + Faizah berlangsung.

21 Januari 2012,Sabtu,saya ke Teluk Cempedak menaiki basikal pada waktu malam untuk beriadah πŸ™‚

Hampir 20km jaraknya, kini menjadi semakin mudah setelah sekian lama ‘terjebak’ dalam hobi yang sedang hangat di negara kita ini.

Malangnya, kerana kesilapan teknikal, saya tidur agak lambat pada malam tersebut.

Pagi esok, selepas subuh, terus bergegas ke alamat yang telah diberi.

‘Taman Bukit Bendera,Mentakab’

Eh, Bukit Bendera bukan terdapat di Pulau Pinang je ke?

Rungut sy sendiri.

Perodua Myvi dipandu laju ,meluncur di atas lebuh raya Pantai Timur yang lengang di pagi Ahad, amat membahagiakan.

Tidak susah untuk mencari rumah akak Faizah, yang merupakan bekas ‘senior’ saya ketika di bangku sekolah dahulu.

Pelik juga, bagaimana kami masih lagi berhubung memandangkan hampir 8 tahun sudahpun berlalu.

Terima kasih kepada MySpace,Friendster,YM, kerana tanpa ‘mereka’, ramai juga yang mungkin terus ‘hilang’ begitu saja.

Setibanya sy di sana, persiapan sudahpun rancak diadakan.

Ramainya sedara akak ni~ bisik sy dlm hati.

Begitu meriah sekali suasana pada pagi itu dengan sanak saudara yang bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan menyambut rombongan lelaki.

Tak silap saya, mereka sekampung~ πŸ™‚

Dek kerana sekampung itulah, rombongan lelaki telah tiba awal , terlalu awal sehingga tetamu telah dijemput untuk menikmati juadah terlebih dahulu ,kerana kak Faizah masih sedang bersiap!

Yang tua sibuk menyediakan makanan, yang kecil2 sibuk berlari ke sana sini.

Dipermudahkan cerita, pasangan Amir + Faizah ini telah pun bertemu sejak di zaman persekolah lagi.

Umurpun sebaya.

Kalau jodoh tu mmg tak kemana,kan?

Mereka berdua sudahpun bekerjaya, dan masing2 nampak selesa membina karier.

Kita doakan agar mereka akan dipertemukan jodoh dalam masa terdekat.

Amir + Faizah, semoga hubungan kalian diberkahi Allah, bertemu di dunia, berdua di syurga πŸ™‚

na tengok banyak lagi? jom tgk kat Facebook

p/s balik shooting, terus demam 2 hari T_T



Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s