Makan!


Food photography @ dalam bahasa ibunda kita, fotografi makanan?

Macam pelik je.

🙂

Sempena cuti Tahun Baru Cina semalam, saya berkesempatan mencuba 1 genre fotografi yang selama ini sangat diidam-idamkan ,apatah lagi genre ini amat mengiurkan!~

Apa lagi kalau bukan, makanan! Kek! Roti! Aiskriimm yummi!

Diberi kepercayaan oleh abang Nahar + Kak Rose yang kini muncul dengan jenama mereka sendiri, Stop Grab Go, sebuah kedai makan yang terletak di barisan luar East Coast Mall (ECM) Kuantan, saya ditemani beberapa org sahabat ditugaskan untuk menyiapkan menu serta banting dan sebagainya untuk mempromosikan kedai mereka.

Jika anda pernah melawati blog ini, pasti anda akan ingat tentang artikel saya bertajuk Fotografi Makanan di mana saya menceritakan tentang sebuah rancangan di saluran Discovery Channel HD bertajuk Mixer. Mixer ialah sebuah rancangan yang mempertemukan seni dan juga makanan. Oleh itu, sesiapa yang bercita-cita ingin menjalankan sebuah perniagaan sendiri dalam industri makanan, rancangan sebegitu tentu dapat memberi anda inspirasi dan idea yang bernas lagi meletup!~

Saya sendiri amat mengagumi beberapa insan yang ditemuramah oleh Mixer seperti sepasang adik beradik di Brooklyn yang begitu meminati coklat, sehinggakan mereka membeli biji koko berguni-guni dan menjalankan proses penghasilan coklat dari A sampai Z. Pernah lihat orang membungkus coklat bar dengan tangan? 🙂

Seorang lagi yang berjaya menarik perhatian saya ialah, saya tak ingat namanya tetapi perniagaannya ialah, sebuah kafe teh!

Kedai yang sederhana, cukup teratur, kemas, punya beberapa buah set kerusi, dan sebuah almari yang penuh dengan koleksi teh dari seluruh dunia!

“Macammana la dorang ni meniaga ntah? untung ke?” soalan sebegini mudah saja dilontarkan oleh minda kita, tetapi itulah keajaiban ciptaan Tuhan bernama manusia. Hampir tiada apa yang mustahil jika ada minat dan kesungguhan. Setuju?

Baik, kita kembali kepada cerita  saya bersama StopGrabGo.

Tugas saya tidak berhenti setakat mengambil gambar saja, selepas siap diedit, sahabat saya, Zulkhairi, akan memulakan proses design sebelum proses cetakan dilakukan.

Bayangkan, saya terpaksa mengambil masa hampir 4 jam hanya untuk mengambil gambar 6 menu makanan!

“1st time kot~’

Cuaca yang baik, matahari yang memancar terang, memudahkan segala kerja.

Dengan menggunakan reflektor, lens makro, juga tak lupa lens paling diminati 50mm, saya yang ditemani sahabat dari UMP,juga bernama Zul, berjaya menyiapkan tugasan sebelum matahari mulai terbenam.

Menggunakan cahaya yang ada amat menjimatkan kos berbanding kelengkapan strobist yang nyata mahal,setara dengan kualiti yang diberi.

Pengalaman sebegini amat bernilai sekali.

Dan yang paling best, selesai sesi mengambil gambar, apa ditunggu lagi, makan la!

🙂 best o makan free!


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s