Pantai Pelindung

Bukan susah nak bergembira.

Ajak kawan-kawan.

Pergi 1 tempat.

Hari ini, Pantai Pelindung ,Beserah jadi pilihan kami.

Tongkang yang sudah tersadai sejak sebulan lalu, sangat ‘menarik’ perhatian seluruh warga Kuantan.

Berdekatan dengan tongkang ini, ada sebuah kapal tunda yang sekian lama,setia menunggu, menjaga harta milik mereka ini.

Walaupun kondisi tongkang ini amat teruk, mungkin dilanggar atau melanggar sesuatu yang amat keras hinggakan bahagian bawah tongkang ini bagaikan disiat dengan mudah.

Aktiviti dimulakan dengan memanjat terus tongkang ini melalui tali-tali yang terjuntai daripada badan tongkang.

Badan yang kurang ‘fit’, amat menyeksakan sekali.

Tetapi,mana mungkin mengalah dengan mudah 🙂

Akhirnya setelah beberapa kali mencuba, saya dan Amirul berjaya menaiki bahagian atas tongkang ini.

Setelah puas bergambar, saya masuk ke bahagian dalam yang amat luas dan kosong.

Banyak juga sisa-sisa arang batu yang berada di atas lantainya.

Bayangkan anda mempunyai kawasan seluas 1 padang bola yang kosong,serta dindingnya yang amat tinggi, sesuai sekali untuk dijadikan tempat bermain bola 😛

Cuma, nilai yang terpaksa dibayar juga amat tinggi.

Ketika kami ingin menuruni tongkang ini, air mula pasang.

Saya tersilap langkah.

Turun melalui tali di sebelah kapal yang bertentangan dengan laut, air mulai pasang.

Ombak juga sangat kuat memukul badan tongkang ini.

Apabila kaki mencecah bumi, ombak mulai memukul dan ‘menenggelamkan’ badan saya ,serta kamera dan telefon bimbit.

Ketika itu, saya sudah tidak berdaya untuk membuat apa-apa lagi.

Gagahkan saja langkah menuju ke darat.

Baju basah,seluar basah,beg kamera apatah lagi.

Nasib baik kamera terlindung di dalam beg yang kalis air.

Telefon saya pula ‘mati’.

Oh.

Walaubagaimanapun.

Hari ini tetap hari yang indah.

🙂

Advertisements

2 thoughts on “Pantai Pelindung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s