Dimana inspirasi bermula!

Beberapa tahun yang lalu, saya berkenalan dengan sebuah web seni yang mengumpulkan berbagai karya lukisan,digital,dan fotografi.

DeviantArt.com

Mula mendaftar sebagai ahli, ketika itu, minat hanya ingin melihat gambar-gambar sahaja.

Jika anda seorang pencinta seni, atau fotografi, atau begitu gemar merekabentuk sesuatu menggunakan Photoshop, ini adalah sebuah laman web komuniti yang mungkin amat sesuai untuk anda berkongsi dan mencari rakan baru.

Saya ingin berkongsi tentang sesuatu yang amat saya minati di dalam web ini.

Selesai mendaftar, anda terus boleh melayari apa saja subjek yang diminati, dan sama seperti di Facebook @ Twitter, anda boleh ‘like’ sesuatu gambar atau lukisan dengan menekan butang ‘Add To Favorite’

Gambar atau lukisan tersebut akan berada di laman anda sendiri secara automatik.

Bukan itu saja, jika anda dapati, pemilik gambar atau lukisan berkenaan mempunyai banyak lagi hasil yang membanggakan dan menarik, anda boleh ‘Watch’ mereka! Watch berfungsi seperti ‘Add Friend’lah 😛

Faedahnya? Sebaik saja rakan anda itu mengupload (memang tak tahu istilah dalam bahasa,oh T_T ) materi baru, anda boleh melihat karya mereka secara mudah dan tersusun,tidak seperti Wall Facebook yang berkecamuk dan terlalu rawak.

Ada lagi yang lebih istimewa! Anda boleh Watch seberapa banyak ‘group’ yang diwujudkan oleh ahli deviantart sendiri ataupun terus menyertai mereka, dengan itu anda boleh turut menyumbang karya seni anda ke dalam kumpulan berkenaan dan, lihat apakah pendapat ahli-ahli yang lain. Jika anda bernasib baik, mereka akan membeli! Ya, anda memang boleh menjual lukisan @ gambar anda di situ.

Sepanjang itu juga, saya sudah menemui begitu ramai fotografer yang berbakat, berusia semuda 16 tahun hinggalah yang sebaya dengan saya. (berapa umur saya? wahaha)

ok saya kongsikan 1 karya yang amat saya kagumi daripada gadis cilik 16 tahun bernama Mandarina~ saya rasa dia berasal dari negara Latin.

Facebook 

Image

5000++ dah like kat page gadis ni wuhoooooo~! jeles 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s