Wedding Oct 2012 : Fieza + Hazwan

21 Oktober 2012.

Saya dan rakan, Zaim, bertolak ke KL, dan bermalam di situ sebelum ke Mantin pada pagi esoknya.

Seperti biasa, saya akan ditemani Google Map utk mencari lokasi.

Haha, amalan sebegini jangan ditiru.

Banyak kelemahan, ada baiknya guna GPS Papago @ Garmin.

Pengantin pada hari tersebut ialah Fieza Hasnan & Hazwan.

1 perkara yang perlu dipuji ialah, mereka sudahpun membuat tempahan seawal bulan Mac!

Mudah bagi saya utk merancang masa dan tarikh.

Jalan ke Mantin bukanlah susah. Teringat saya majlis Faqhreel dan Ima di Sekinchan, jauh lebih mencabar 😛

Saya ingin menyatakan penghargaan kepada mereka dgn menyempurnakan tugasan saya sebaik mugkin.

Kerana bagi saya, inilah pelaburan puluhan tahun akan datang yang paling berharga.

Gambar2 utk ditatapi beberapa generasi.

Kerana majlis akan berakhir, tetamu akan pulang, segala2nya akan kembali normal,

Tetapi gambar inilah yang akan menjadi pengikat dan saksi kepada hari bahagia mereka,buat selama-lamanya.

Oleh itu, saya berharap agar tiada pengantin akan datang yang memandang pelaburan dalam fotografi ini sebelah mata, dengan hanya menitikberatkan harga berbanding kualiti:)

Mari kita doakan agar, Fieza dan Hazwan, akan terus bahagia, terus bersedia menjadi seorang suami,isteri,mak dan ayah,menantu,bakal atok dan nenek pada masa akan datang!

Mereka telah sekata sehati,berjanji utk hidup bersama.

Tentulah perjalanan ini bukan mudah, bahkan dikatakan bagai melayar bahtera itu, bukan kontang maknanya.

Melayari bahtera itu, adalah suatu kenyataan.

Hanya dengan cinta, kepercayaan, dan keimanan kepada Sang Pencinta, semuanya akan dipandang kecil saja, kerana menanti sebuah kehidupan yang kekal,dan lebih warna warni di syurga nanti 🙂

Semoga terhibur 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s